Tiram Travel Sdn Bhd

www.baitullah.com.my

30 Oktober 2014

SEMINAR & MUZAKARAH UMRAH / HAJI 2014

SEMINAR & MUZAKARAH UMRAH / HAJI 2014




DEWAN SEMINAR MASJID AL-MUTTAQIN TAMAN RIA, 3049 JALAN RIA 3 DAN 4 TAMAN RIA 08000 SUNGAI PETANI KEDAH

PENGANJURAN       :      BAHAKHI SDN BHD

KERJASAMA           :

ü AKADEMI MUTAWWIF SDN BHD
ü TIRAM TRAVEL WILAYAH UTARA
ü MASJID AL-MUTTAQIN TMN RIA SUNGAI PETANI
ü AL RAJHI BANK SUNGAI PETANI
ü RESTORAN IKHWAN CAFÉ SUNGAI PETANI
ü NURILANWAR RESOURCES
ü PEMBEKAL KELENGKAPAN HAJI UMRAH (AL SAFWA MAJU ENTERPRISE)







SEMINAR & MUZAKARAH UMRAH & HAJI 2014

1.0             PENGENALAN

Seminar & Muzakarah adalah satu perhimpunan formal bertujuan mengumpulkan para jemaah, individu & mutawwif/fah yang berpengalaman dan juga yang masih dalam proses pengiktirafan untuk bertemu dan berkongsi maklumat dan pengalaman. Melalui muzakarah ini, para peserta dapat bertemu, bertukar maklumat, berkongsi masalah, berbincang dan merungkai pelbagai permasalahan ke arah meningkatkan lagi pemahaman ibadat haji umrah dan ziarah.

Selain itu,  seminar dan muzakarah juga berperanan sebagai jaringan hubungan ukhuwah yang lebih luas di kalangan jemaah atau individu dengan mutawwif untuk memantapkan khidmat mereka kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah, sambutan peserta yang hadir di dalam Program Seminar & Muzakarah tahun lalu adalah menggalakan.



2.0             OBJEKTIF PENGANJURAN

ü  Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai ibadat haji, umrah dan ziarah
ü  Meningkatkan kesedaran mengenai situasi sebenar di Tanah Suci
ü  Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa yang memahami fungsi mereka selepas kembali dari melaksanakan ibadat haji
ü  Membincangkan permasalahan yang dikemukakan oleh mutawwif/ Jemaah/ Individu
ü  Menambah ilmu melalui seminar & muzakarah
ü  Menjawab isu-isu terkini berkaitan hukum-hakam ibadah Umrah/Haji

3.0             PERANCANGAN PROGRAM
               
3.2       Sasaran Peserta

Sasaran peserta adalah seramai 350 orang terdiri daripada :
-           Mutawwif & Mutawwif Umrah & Haji
-           Guru Agama / Pembimbing Tabung Haji
-           Syarikat-syarikat pelancongan Umrah & Haji
-           Jemaah Umrah/ Individu yang ingin mendalami ilmu Umrah & Haji

3.3       Bayaran
RM20.00
Bayaran terus semasa kehadiran nanti
Sarapan / Makan Tengah Hari / Minum Petang/  Sijil & Nota



4.0       KESIMPULAN

Penganjuran Program Seminar & Muzakarah Umrah Haji ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang jelas terhadap isu-isu dan kemusykilan berkaitan pengurusan Haji dan ibadah umrah, hukum hakam dan maklumat terkini yang berkaitan kepada semua Mutawwif  dan para peserta yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.


5.0       JAWATANKUASA PERLAKSA PRORGAM SEMINAR & MUZAKARAH UMRAH & HAJI 2014

Penaung                                 :           Bahakhi Bin Mohammad
Pengarah Program               :           Mohammad Nuramin Bin Shuib
Timbalan Pengarah               :           Mohamad Izzat Bin Mohd Noor
Setiausaha                              :           Nur Izzati Binti Abu Bakar
Bendahari                              :           Nur Azaliah Binti Md Fuda


 
AJK Makanan
-
Farzana Binti Zulkifli
-
Mohamad Shahrul Ridhwan Bin Mohamad Rosli
-
Anis Syazwani Bt Mat Jamil
- Muhammad Aizat Bin Nordin

AJK Pendaftaran / Sijil / Cenderahati
- Nur Liyana Bt Ibrahim
- Nur Fiqriah Binti Fadzil
- Nor Solehah Binti Johari
- Asmalina Binti Ramli
- ’Ainee Balqis Binti Basri

AJK Pentas / Dewan
- Muhammad Aizat Bin Nordin
- Mohamad Shahrul Ridhwan Bin Mohamad Rosli

Pengiring / Tugas Khas
- Nor Syahida Binti Ismail
- Mohamad Izzat Bin Mhd Noor














DOWNLOAD