Tiram Travel Sdn Bhd

www.baitullah.com.my

10 November 2013

MUZAKARAH MUTAWWIF HAJI & UMRAH


MUZAKARAH MUTAWWIF
ANJURAN
TIRAM TRAVEL WILAYAH UTARA
&
AKADEMI MUTAWWIF SDN BHD

1.0             PENGENALAN

Muzakarah Mutawwif adalah satu perhimpunan formal bertujuan mengumpulkan para mutawwif yang berpengalaman dan juga yang masih dalam proses pengiktirafan untuk bertemu dan berkongsi maklumat dan pengalaman. Melalui muzakarah ini, para peserta dapat bertemu, bertukar maklumat, berkongsi masalah, berbincang dan merungkai pelbagai permasalahan ke arah meningkatkan lagi kualiti khidmat sebagai seorang mutawwif.

Selain itu,  muzakarah juga berperanan sebagai jaringan hubungan ukhuwah yang lebih luas di kalangan mutawwif untuk memantapkan khidmat mereka kepada masyarakat dari semasa ke semasa. Ia juga sebagai langkah memartabatkan profesionalisme mutawwif bersesuaian dengan objektif penubuhannnya

Alhamdulillah, sambutan peserta yang hadir di dalam Program Muzakarah Mutawwif tahun lalu adalah menggalakan.


2.0             OBJEKTIF PENGANJURAN

            i.          Memberi maklumat terkini kepada para mutawwif.
            ii.         Membincangkan permasalahan yang dikemukakan oleh mutawwif.
            iii.        Menambah ilmu melalui muzakarah.
            iv.        Menjawab isu-isu terkini berkaitan hukum-hakam ibadah Umrah/Haji


3.0             PERANCANGAN PROGRAM

3.1       Jangkamasa / Tarikh

1 Hari / 23 Nov 2013 (Sabtu)

3.2             Sasaran Peserta
Sasaran peserta adalah seramai 150 orang terdiri daripada :
-           Mutawwif dan Mutawwifah
-           Guru Agama / Pembimbing Tabung Haji
-           Syarikat-syarikat pelancongan Umrah & Haji
-           Individu yang ingin mendalami ilmu Umrah & Haji

3.3       Tempat
Adalah dicadangkan program ini diadakan di tempat berikut :

Nuriz Palace Hotel
66 Lengkok Cempaka 1
Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, 
Kedah, Malaysia
+60 4-448 5555
3.4                Yuran Penyertaan
RM120.00
boleh buat bayaran di atas salah satu
bank di bawah sila emailkan slip bayaran

Bank Islam (0202 0020 7407 97)
CIMB (0109 0091 8975 27)
May Bank (1512 4992 3098)

MD ADILLAH BIN ABD AJAB

SILA KLIK  DAFTAR ONLINE



CADANGAN ATURCARA
 PROGRAM MUZAKARAH MUTAWWIF
ANJURAN
TIRAM TRAVEL WILAYAH UTARA


23 Nov 2013 (SABTU)

8.00 – 8.30 pagi         :           Pendaftaran peserta dan minum pagi
                                               
8.45 pagi                    :           Ucapan Aluan pengacara majlis
                                                - Tazkirah / Renungan Pagi
Ustaz Najib Bin Abdul Hamid

9.30 – 12.30 tgh        :           Sesi 1
                                                Hukum hakam & Permasalahan Ibadat Umrah
                                                Ustaz Ismail Bin Mat Ali
                                                Pengurus Akademi Mutawwif Sdn Bdh
(Johor Corporation / Waqaf An-Nur Corporation)

12.30 – 2.00 ptg        :           Jamuan Tengahari / Solat Zuhur

2.00  – 3.00 ptg          :           Sesi 2
Etika Seorang Mutawwif & Mutawwifah
Hj. Azhar Bin Omar

3.00  – 4.00 ptg          :           Sesi 3
Pengurusan Mutawwif & Mutawwifah
Hj. Zakaria Bin. Hj. Abdullah

4.00 – 4.30 ptg           :           Minum Petang / Solat Asar

4.30  – 6.00 ptg          :           Sesi 4
Perkongsian Pengalaman Muatwwif/Mutawwifah
Imam Akib Hj. Abdullah
Hjh. Muzayyanah Bt. Abdullah
Hjh. Zai Zakiah

6.00 ptg                      :           Bersurai                                            



4.0       KESIMPULAN


Penganjuran Program Muzakarah Mutawwif ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang jelas terhadap isu-isu dan kemusykilan berkaitan pengurusan Haji dan ibadah umrah, hukum hakam dan maklumat terkini yang berkaitan kepada semua Mutawwif  dan para peserta yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sebagai mutawwif dalam menyampaikan ilmu dan kursus-kursus berkaitan haji dan umrah.

DOWNLOAD